Bersemperna bulan kemerdekaan, PAPN Lenggong telah mengadakan satu lawatan ke Muzium Arkeologi Kota Tampan, Perak. Program ini diadakan bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal pra sejarah yang ada disekeliling mereka berserta menanam semangat cintakan dan sayangkan bahan-bahan yang menjadi pra sejarah dahulu. Lawatan ini telah diadakan pada hari perarakkan kemerdekaan iaitu pada 2 September 2013. Bandar Lenggong dikenali sebagai bandar pra sejarah. Di Muzium ini terdapat pelbagai alatan batu yang digunakan pada zaman paleolitik, selain itu juga terdapat rangka 'perak man', koleksi barangan masyarakat orang asli, peralatan yang digunakan untuk penyelidikan dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin melihat sendiri dan merasai pengalaman berkunjung ke sini, datanglah ke GALERI ARKEOLOGI KOTA TAMPAN. "SEGALANYA BERMULA DISINI"....
Rabu, 4 September 2013
PERARAKKAN KEMERDEKAAN PAPN LENGGONG
Pada 2 September 2013 bertempat di perkarangan luar sekitar kawasan perumahan, PAPN Lenggong telah mengadakan satu perarakkan kemerdekaan semperna bulan kemerdekaan. Kami warga PAPN Lenggong telah berarak dari PAPN ke kawasan perumahan. Perarakkan ini disertai oleh para ibu bapa dan anak PERMATA Lenggong. Terima kasih pada yang hadir menjayakan perarakkan ini.
"MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"...
Langgan:
Catatan (Atom)