Ahad, 22 Disember 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN PAPN LENGGONG 2013

Pada 20 Disember 2013, PAPN Lenggong telah mengadakan aktiviti hujung tahun iaitu Jamuan akhir tahun bagi meraikan seorang anak PERMATA yang akan menamatkan pembelajaran disini. Jamuan ini juga meraikan penglibatan ibu cemerlang dan penglibatan anak cemerlang serta kehadiran anak cemerlang 2013. Jamuan ini telah diadakan di KFC Kuala Kangsar. TAHNIAH diucapkan kepada yang berjaya. Semoga teruskan Usaha ini pada tahun hadapan. Sampai jumpa lagi.....




LAWATAN KE GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR

Pada 20 Disember 2013, PAPN Lenggong telah mengadakan satu aktiviti luar iaitu aktiviti lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah bertempat di Kuala Kangsar Perak. Galeri ini dipenuhi dengan segala koleksi peribadi sultan dan pelbagai koleksi antik yang lain. Kepada semua para ibu bapa yang hadir kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan aktiviti yang lebih menarik.






Ahad, 27 Oktober 2013

HARI KELUARGA DAN SUKANEKA PAPN LENGGONG 2013

Pada 25 Oktober 2013, papn lenggong telah mengadakan satu hari keluarga bagi ibu bapa dan anak papn lenggong bertempat di Lata Lawin, Gerik perak. Hari keluaraga ini dihadiri oleh saudara mara pihak ibu bapa dan anak permata. Acara pembukaan hari keluarga ialah sukaneka yang diadakan diantara ibu dan ibu, ibu dan pendidik, bapa dan bapa, ibu/bapa dan anak serta pendidik dan anak. Antara acara sukaneka yang telah dijalankan ialah acara teka buah untuk bapa dan ibu serta bagi acara anak dan pendidik. Sementara itu, acara boling botol, belon air, isi air dalam botol, pertandingan mengupas buah nenas dan acara kemuncak hari keluarga ialah cari gula-gula dalam tepung. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK IBU DAN BAPA YANG MENJAYAKAN AKTIVITI INI.....





















Rabu, 4 September 2013

LAWATAN KE MUZIUM ARKEOLOGI KOTA TAMPAN PERAK

Bersemperna bulan kemerdekaan, PAPN Lenggong telah mengadakan satu lawatan ke Muzium Arkeologi Kota Tampan, Perak. Program ini diadakan bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal pra sejarah yang ada disekeliling mereka berserta menanam semangat cintakan dan  sayangkan bahan-bahan yang menjadi pra sejarah dahulu. Lawatan ini telah diadakan pada hari perarakkan kemerdekaan iaitu pada 2 September 2013. Bandar Lenggong dikenali sebagai bandar pra sejarah. Di Muzium ini terdapat pelbagai alatan batu yang digunakan pada zaman paleolitik, selain itu juga terdapat rangka 'perak man', koleksi barangan masyarakat orang asli, peralatan yang digunakan untuk penyelidikan dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin melihat sendiri dan merasai pengalaman berkunjung ke sini, datanglah ke GALERI ARKEOLOGI KOTA TAMPAN. "SEGALANYA BERMULA DISINI"....









PERARAKKAN KEMERDEKAAN PAPN LENGGONG




Pada 2 September 2013 bertempat di perkarangan luar sekitar kawasan perumahan, PAPN Lenggong telah  mengadakan satu perarakkan kemerdekaan semperna bulan kemerdekaan. Kami warga PAPN Lenggong telah berarak dari PAPN ke kawasan perumahan. Perarakkan ini disertai oleh para ibu bapa dan anak PERMATA Lenggong. Terima kasih pada yang hadir menjayakan perarakkan ini.
"MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"...


Khamis, 29 Ogos 2013

JAMUAN HARI RAYA PAPN LENGGONG 2013

Jamuan Hari Raya PAPN Lenggong telah diadakan pada 29 Ogos 2013 pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Jamuan ini dihadiri oleh kaum keluarga PAPN Lenggong. Walaupun majlis ini disambut dengan sederhana tetapi meriah yang turut menjayakan majlis ini ialah jiran-jiran sekitar taman perumahan. PAPN Lenggong mengucapkan ribuaan terima kasih di atas segala kerjasaama yang dibeuikan.


Rabu, 28 Ogos 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PAPN LENGGONG 2013

PAPN Lenggong telah mengadakan satu majlis berbuka puasa pada 5 ogos 2013 jma 7.00 malam bertempat di Kafe house Lenggong. Majlis dihadiri oleh ibu bapa dan anak-anak PERMATA Lenggong. Terima Kasih kepada yang hadir. Selamat menyambut hari raya kepada semua, Maaf Zahir dan Batin dari kami Pendidik PERMATA Lenggong.


comel fatihah pakai tudung





Selasa, 2 Julai 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

Pada 2 julai 2013 jam 3.00 petang bertempat di PAPN Lenggong telah mengadakan satu majlis bacaan yaasin dan solat hajat. Majlis telah dihadiri oleh Ketua Kampung Lenggong Encik Razali Bin Ahmad dan pegawai Masjid Jamek Lenggong Encik Riduan Bin Hassan. Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan Marhaban Wanita. Terima Kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak ibu dan bapa semua yang turut terlibat.
Ucapan alu-aluan ketua pendidik

sungguh tekun para tetamu dan ibu bapa mendengar ucapan

solat hajat bermula diketuai oleh Ustaz Riduan

Bacaan yassin dimulakan

Mama Raihana tengah menyiapkan hidangan untuk para tetamu

Jamuan makan petang

Kumpulan Marhaban

Anak-anak permata Lenggong

Jemput makan